Program Mcmc Microsoft Ai Teach
26 Januari 2025 | Aktiviti Terkini25 & 26 Januari 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3 telah berlangsung Program MCMC Microsoft AI TEACH : Pemerkasaan Peluang Kerjaya Melalui Artificial Intelligence oleh Ts. Dr Siti Fairuz Nurr. Seramai 3 orang peserta telah terlibat dalam program ini. Program ini berlangsung dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.
MCMC Microsoft AI Teach adalah kerjasama diantara MCMC dan Microsoft untuk menyediakan latihan literasi AI kepada komuniti setempat. Selama dua (2) hari, program ini telah berjaya memperkasa lebih 400 peserta di Universiti Teknologi MARA Kampus Seremban, Kampus Kuala Pilah dan juga secara maya di kesemua 62 NADI di Negeri Sembilan.
AI memberikan pemerkasaan kerjaya dengan menawarkan peluang latihan dan pembangunan kemahiran melalui platform pembelajaran adaptif, penyesuaian kerjaya berdasarkan analisis data, dan peningkatan kecekapan tugas melalui automasi. Teknologi ini membantu mengenal pasti peluang pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran individu, mempercepat proses pencarian kerja, serta memberikan panduan peribadi untuk pembangunan kerjaya. Selain itu, AI menyokong perniagaan dengan mempermudah analisis data dan inovasi, menjadikan calon lebih berdaya saing dalam pasaran kerja yang dinamik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: